Posts

BAN PECAH DAN SEJARAHNYA...

Image
DULUNYA SAWAH PADI KINI MENJADI LAUT YANG INDAH  😍           Siapa kata di Tanjung Piandang tiada tempat yang menarik dan menyeronokkan ? Pantai Ban Pecah adalah salah satu tarikan di kampung nelayan ini bagi kaki pancing dan sesuai menjadi lokasi untuk sesi bergambar ketika matahari terbenam . Tanya sahaja sesiapa di sini , pasti semua umum mengenali tentang Ban Pecah ini . Makanan , suasana , pemandangan , semuanya amat menarik perhatian pelancong yang datang berkunjung ke sini .    Kawasan ini memang terkenal dengan mee udang yang sedap kerana peniaga mendapatkan bahan makanan laut segar daripada nelayan di Ban Pecah ini .    Mengapa dan bagaimana Ban Pecah mendapat nama ? 🤔   Ramai yang tidak mengetahui bahawa Ban Pecah ini dahulunya hanya kawasan hamparan sawah padi yang subur menghijau pada awal tahun 1960-an . Menurut pandangan penduduk tempatan , kejadian itu disebabkan fenomena alam yang mana ber...