BAN PECAH DAN SEJARAHNYA...

DULUNYA SAWAH PADI KINI MENJADI LAUT YANG INDAH 😍



          Siapa kata di Tanjung Piandang tiada tempat yang menarik dan menyeronokkan ? Pantai Ban Pecah adalah salah satu tarikan di kampung nelayan ini bagi kaki pancing dan sesuai menjadi lokasi untuk sesi bergambar ketika matahari terbenam . Tanya sahaja sesiapa di sini , pasti semua umum mengenali tentang Ban Pecah ini . Makanan , suasana , pemandangan , semuanya amat menarik perhatian pelancong yang datang berkunjung ke sini . 

 



Kawasan ini memang terkenal dengan mee udang yang sedap kerana peniaga mendapatkan bahan makanan laut segar daripada nelayan di Ban Pecah ini . 

 

Mengapa dan bagaimana Ban Pecah mendapat nama ? 🤔

 

Ramai yang tidak mengetahui bahawa Ban Pecah ini dahulunya hanya kawasan hamparan sawah padi yang subur menghijau pada awal tahun 1960-an . Menurut pandangan penduduk tempatan , kejadian itu disebabkan fenomena alam yang mana berpunca dari hakisan pantai dan ombak besar yang terjadi sekitar awal tahun 1960-an . Kerajaan telah menambak pesisir pantai dengan  batu sepanjang kira-kira empat kilometer dari kawasan Sungai Baru ke Sungai Burong hingga ke Kampung Nelayan Baru akibat kerana hakisan yang teruk . Ada satu ketika , kawasan itu dilanda ombak besar sehingga telah memusnahkan tanah penduduk kampung di situ kerana batu-batu yang ditambak menjadi ban telah pecah . Oleh itu , beginilah kisah Ban Pecah mendapat nama . 

 

Ban adalah struktur tebatan air/banjir yang selalunya dibina di tebing sungai bagi mengelakkan air sungai melimpah ke kawasan yang lebih rendah . Pembinaan ban selalunya menggunakan tanah yang dimampatkan dan ketinggian ban itu bergantung kepada paras banjir sungai tersebut .

 


 

Susunan bongkah batu di atas adalah gambaran Pantai Ban Pecah sekarang . Dahulunya ia hanya ditambak menggunakan batu-batu besar sahaja yang tidak dapat menampung ombak besar yang melanda .



 

Terdapat  kisah mitos tentang penamaan Ban Pecah ini yang kononnya mengatakan sawah yang subur ini telah bertukar menjadi laut atas sumpahan seorang anak yatim yang teraniaya . Dahulunya , Kawasan pantai ini adalah ‘lautan’ sawah padi yang amat subur dan ia dimiliki oleh penduduk kampung termasuk dua orang adik-beradik .

 Sebelum saudara yang sulung meninggal dunia , dia meminta adiknya menjaga anak serta sawah padi miliknya . Namun , ketika anak-anak itu sedang membesar , bapa saudara mereka yang tamak telah mengkhianati amanah tersebut dan membolot semua bahagian harta milik abangnya . Sawah padi milik mereka agak besar kira-kira ¾ daripada keseluruhan sawah padi di situ .

Nak dipanjangkan cerita , anak yatim itu bekerja keras untuk mendapatkan sesuap nasi . Mendengar ura-ura kisah bapa saudaranya telah mengkhianati amanah ayahnya , dia pergi berjumpa dengan bapa saudaranya tetapi telah dihalau keluar .

Sebelum meninggalkan kampung , anak yatin itu berdoa “ Ya Allah , jika benar apa yang berlaku ini , Engkau tunjukkan balasannya .” Sejak itu , ombak mula mengganas memecahkan benteng sawah dan ban yang dibina .

 

 

 Banyak lagi kisah mitos yang dapat didengar melalui kisah kisah yang dicerita oleh penduduk kampung di situ . Apapun kisahnya , Ban Pecah kini telah menjadi tempat tarikan pelancong yang datang dari luar untuk meluangkan masa Bersama keluarga menikmati suasana laut dan pantai yang indah …🌈




Comments